| KOTANI Resort Travel & Tours
Kotani Resort Travel & Tours (KRTT) diperbadankan di Malaysia sebagai anak syarikat Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad yang menumpukan kepada pemasaran dan pengendalian pelancongan dalam negeri dan luar negara, khususnya pelancongan agro. KRTT juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan No Pendaftaran Kew : KKKP 2820 ( 287119-K)
Aktiviti utama ialah memasarkan pusat percutian KOTANI di Taman Laut , Pulau Redang dan lain-lain pusat peranginan , menganjurkan lawatan agro-tourism, penempahan dan penjualan tiket kapal terbang, tempahan hotel dan penginapan serta pakej haji dan umrah.
Objektif utama KRTT ditubuhkan:
1. Menjadi sebuah syarikat di bawah pengurusan koperasi yang berdaya saing dan maju dalam apa jua bidang.
2. Memberi kemudahan kepada semua anggota koperasi dan orang ramai untuk mendapatkan kemudahan pelancongan.
3. Mendapatkan pulangan yang boleh dikongsi oleh semua anggota.
4. Memberi peluang perniagaan dan perkhidmatan kepada anggota yang berminat.
Pakej Perlancongan
Menawarkan khidmat tempahan dan sewaan bas / pengangkutan pelancongan, tempahan penginapan, pengurusan pakej pelancongan agro dalam negeri dan luar negara melalui anak syarikat KOTANI Resort Travel & Tours. Antara pakej pelancongan yang telah dibuat ialah :
* Ibadah dan ziarah - Umrah
* Dalam negeri - Pulau Redang , Kuching, Sabah
* Luar Negara – Puket Thailand, Beijing China, Padang Indonesia
* Menganjurkan seminar, team building, dan kursus
KOTANI Resort Travel & Tours
No 33-5, Jalan 3/146, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan
57000 Sungai Besi
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 90564731 / +603 90564729 (Faks)
Emel: krtt@kotani2u.com.my
|