KOPERASI KAKITANGAN
KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA BERHAD 
Laman Utama      Ar-Rahnu
Print this pageAdd to Favorite

KERAI AR-RAHNU KOTANI


 

 

 

 

Kedai Ar-Rahnu Kotani telah mula beroperasi pada 28 Februari 2008 di Aras Bawah, Wisma Kotani, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan.Penubuhan Ar-Rahnu ini bertujuan untuk membantu anggota dan pihak awam semasa kesempitan secara memberi hutang bercagar menurut landasan dan peraturan syariah.

Di samping perkhidmatan gadaian barang kemas, Ar-Rahnu juga menawarkan SKIM AKAUN SIMPANAN KHAS (ASKA) AL-MUDHARABAH. ASKA adalah skim tabungan bertujuan memberi pulangan kepada anggota, koperasi dan institusi untuk melabur wang dalam perniagaan Ar-Rahnu melalui pembahagian keuntungan (hibah) mengikut jumlah pelaburan iaitu pulangan atas saham Ar-Rahnu sekurang-kurangnya sebanyak 7% setahun.

Mesyuarat Agong Perwakilan KOTANI ke-20 telah meluluskan RM3.5 juta saham Ar Rahnu KOTANI untuk dimiliki oleh anggota KOTANI sahaja . Anggota boleh membeli saham Ar Rahnu Kotani pada nilai minimum ialah RM100.00 dan jumlah maksimum RM50,000.00.